Thursday, October 11

Reboot



                Sepanjang 4 tahun aku karang blong nih, entri kali ni aku rasa aku update dalam waktu paling awal sekali, pukul 8 pagi. Ya secara teknikalnya pukul 8 pagi tidaklah seawal mana pun, yang bekerja dah pun masuk kerja, yang belajar dah masuk kelas,  dan yang berjimak semalaman mungkin jua dah mandi junub. Ini semua gara-gara bunyi bising datang daripada alarm telefon housemate aku, Ahmad Syihabudin, 20 (bukan nama sebenar). Panas pulak aku ngan mangkuk ni, pasang alarm siap guna BB dan Iphone, tapi bila berbunyi haram tak nak bangun, elok terbungkang macam mayat yang telah dikapankan, tiuniaseng betul! Takpe entri hadapan akan aku ceritakan perihal Ahmad Syihabudin.

                Oh berbalik ke tajuk asal, lazimnya dalam keadaan macam nilah otak aku akan main peranan dengan mencurahkan pelbagai idea-idea, dan salah satunya reboot aku punya blog. Sebenarnya dah lama aku nak reboot blog aku, tapi kesuntukan waktu dan tiada akses internet, maka aku kuburkan kejap hasrat tu. Alasan aku nak reboot senang, sebab bila aku baca balik karangan entri aku yang lepas, terasa semua itu sungguh sampah. Kebanyakkan entri yang aku karang tu tak menarik langsung, dan aku rasa aku perlu buat sesuatu tentang perkara ni. Ni semua sebab kurang membaca lah ni, kecik-kecik dulu rajin baca reader digest, besor-besor ni je banyak sangat pulak tengok bangbros, mana tak jadi bebal!
                  

No comments:

Post a Comment