Monday, February 4

Betul Ke Lutfi Tu Seorang Cikgu? (episod 1)

Lokasi: Warung Wak Ketari
Waktu: 9 pagi
Situasi:

            Syihabudin seorang pemuda biasa sedang menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Kedai kopi milik Wak Ketari. Ahmad Boestaman pula, seorang pengawal keselamatan sepenuh masa baru sahaja selesai daripada bertugas dari “shift” malam dan singgah di sana untuk bersarapan. Pagi yang tenang itu tiba-tiba dicemari dengan satu soalan daripada Syihabudin.



Syihabudin                 : Ahmad Boestaman, aku dengar cerita Mak Cik Leha canang kat satu kampung yang budak Lutfi dah jadi cikgu sekarang kat pekan tu,betul ke?


Ahmad Boestaman     : Yela tu kot, manalah aku tahu, aku ni kan kerja jaga, Siang tidur,malam kerja. Dah kalau macam tu, takkan pokok bergoyang kalau angin tak bertiup?


Syihabudin                   : Ah kau, sekarang ni tak payah nak tunggu angin tiup, pokok tetap akan bergoyang juga. Yang aku peliknya macamana si Lutfi tu dapat jadi cikgu kat pekan tu?


Ahmad Boestaman     : Kau ni Syihabudin Bin Zakaria, biarlah orang tu nak jadi apa pun.Yang kau dengki sangat dengan si Lutfi tu buat apa? Bukan ke jadi cikgu tu satu kerja yang jauh lebih mulia daripada kau yang menjadi penggangur dan kacang hantu sepenuh masa?

Syihabudin                   : Wah kau, aku jadi penggangur sebab tak jumpa nak kerja yang sesuai dengan aku. Aku hairan macamana si Lutfi yang dulu gagal SPM 2 kali pun boleh jadi cikgu kat pekan tu? Kertas Bahasa Malaysia pun dapat D nak jadi apa? Ish musykil betul aku dengan cerita Mak Cik Leha ni. 


           Tiba-tiba Wak Ketari muncul menghantar air kepada 2 orang pelanggan beliau yakni Syihabudin dan Ahmad Boestaman.  

Wak Ketari : Ni lah orang Melayu, tak boleh tengok orang lain senang dan maju sikit, mulalah nak dengki. Kalau macam ni bilalah bangsa nak maju? Nah air yang korang mintak !

Syihabudin : Amboi wak, dah tu wak ni orang apa? Nigeria?

Wak Ketari : Bergurau pulak kau ni, kulit putih macam ni dikatakan orang Nigeria! Aku cakap benda yang betul,kau ni Syihabudin dari tadi aku perhati asyik mengomel je pasal kerja baru budak Lutfi tu. Ish biarlah budak tu nak jadi apa, yang kau sibuk kenapa?

Ahmad Boestaman : Dengar tu, wak pun cakap benda yang sama dengan aku cakap. Dah la, daripada kau fikir pasal masalah orang, baik kau fikir pergi cari kerja lagi bagus.

Syihabudin : Ah korang cakap la apa pun aku memang tak puas hati dan aku akan siasat benda ni!

Ahmad Boestaman : Ni lah akibatnya kalau selalu tengok Hawaii Five-O banyak sangat!Lantak kau lah wahai Syihabudin oi! Eh aku baru cakap sekejap air kau dah habis, ni kau nak kemana ni pulak ni?

Syihabudin : Lambatlah kau, aku nak pergi cari si Lutfi tu sendiri, aku nak tanya dia sendiri pasal cerita ni!

Ahmad Boestaman : Dah tu air kau ni siapa nak bayar?

Syihabudin : Alah tolonglah dulukan duit kau dulu, nanti kalau aku dah kaya macam Robert Kwok aku bayar balik. Dah la, aku dah lambat ni. Aku gerak dulu!



bersambung ......




Ps; Tadi pintu bilik gua terkunci, gua terus gi d'Bukit makan nasi ayam dan hantar baju ke dobi!







Sunday, February 3

Mesej dari Berlin


            "Apa berpantun cara biasa tak boleh ke?" aku cuba bermonolog dalaman

Belum sampai 20 minit pergi final pesta pantun kat Dewan Bendahara tadi aku dah tak senang duduk. Ikutkan jiwa rebel aku, nak je aku bagi front kick kat pemantun-pemantun laki yang gayanya macam bapok! Lenggok lentuk yang melewah membuatkan aku rasa nak mencarut dalam bahasa hebrew! 

Sejurus menampar kesemua peserta termasuk para hadirin disebabkan tidak puas hati, aku berlari keluar seperti manusia yang tiada pedoman hidup. aku berlari dan terus berlari! dan berlari lagi. Agak dah berlari dalam 8 meter, baru aku sedar yang aku lapar. Seharian buat kerja sampai lupa makan.

“baik aku makan dulu sebelum teruskan larian ni” ujar aku sendirian.

              Aku pun singgah di sebuah kedai makan yang ramai orang. Dalam fikiran aku, bila sesebuah kedai ni ramai orang, mesti makanannya sedap. kalau tak mana mungkin pelanggan datang bertubi-tubi!

              Aku pesan nasi goreng kampung berserta telur mata dan segelas teh o ais untuk menghilangkan dahaga akibat berlari tadi. Sambil menunggu hidangan sampai, aku menonton perlawanan bolasepak antara Tottenham menentang west brom dengan penuh khusyuk sambil menghembuskan asap rokok harvest persis seekor naga.

                "trett tett tett trett tett tett" bunyi nada dering henset aku. Aku tengok ada 1 mesej diterima. Daripada Boon Long, rakan sekelas aku masa sekolah dulu. 

" adam, wan cum bek  4 CNY, v all having classmates reunion, wan join?"

                Terus aku reply

"sorry nigga man, me now in german very busy doing intern with CIA"

                Usai balas mesej beliau, nasi goreng kampung bertelur mata dan teh ais aku habiskan dalam sekelip mata. Kemudian aku teruskan lagi perlarian aku dengan berlari!



Ps; Macamanalah aku boleh terpanggil Lia dengan panggilan sayang? Ciss!