Sunday, October 14

Nasib


                Celaka, presentation broadcasting aku mula pukul 10 pagi, video dokumentari group aku tak siap lagi. “Ramadhan di Lautan” nampaknya akan “ke laut” jua hari ni, bayangan nak repeat subjek semakin jelas kelihatan dalam otak aku. Ah sudah, dah la final exam hari tu aku main tikam je jawab, jangan buat gila woi.

                Muka groupmate aku masing-masing dah mencuka dan pucat. Itu kalau ambil pisau toreh, belum tentu darah akan keluar, punya hebat tak hebat metaforanya. Perasaan masing-masing dah bengang gila sebab start editing lambat. Salahkan pihak editing! Pukul 10 pagi nak present, pukul 8 pagi tu baru terkial-kial nak edit, touch up, renderizing, compresing bla bla bla, gila ah!

                Habibullah budak  graphic yang pakar bab benda editing diimport untuk selamatkan keadaan. Dialog ni berlaku pada pukul 3 pagi.

Aku :      Bib, okeh agaran masa yang kau perlukan untuk siapkan video ni berapa bib? 2 jam? 3 jam

Habib:   Aku cerita sini habis sini la ek, nak edit ni campur masuk audio dengan touch up siap bubuh            effect, 6 jam, campur nak renderizing benda ni jadi HD 4 jam, campur nak compress pahtu burn dalam dvd 3 jam dam. Semua sekali 13 jam!

                      Jawab Habibullah dengan penuh keyakinan. Dan seraya juga aku membalas.

Aku : Bib aku nak present benda ni esok pagi pukul 10 pagi, bukan raya Chap Goh Mei tahun depan !

                Habibullah hanya mampu tergelak terguling-guling di atas lantai. Sedar tak sedar, semua dah terbungkang tidur.

                                                                                *             *             *            

                Tepat pukul 1.30 petang, barulah kelibat aku, Jul, Monyet dan Tony kelihatan dalam DK8. Tu pun video tak siap compress lagi. Nak tak nak, terpaksa present guna format mp4.  Tawakal je lah.

                Habis presentation, dokumentari group aku dapat tepukan gemuruh daripada course mates.

En Hakimi:  Okeh saya nak jumpa 2 group short film dari kelas D dan E, dan hah Adam group awak                    juga. Saya nak ambil video awak semua hantar ke Festival Filem.

                Gila ah, siapa sangka tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu, melainkan namanya Mohd Tuah bin Deraman. Percubaan membuat kelakar yang tak menjadi. Deng!
  
p/s : Terima kasih Gia Azzuri atas bantuan mu, oh tak lupa Ainun dan Piqa  juga. Sem depan sila jadi  groupmate aku lagi!

Friday, October 12

Good Times


       Kali kedua dalam minggu ni aku tak dapat tidur nyenyak, mungkin terganggu sikit dengan kerja group pizi yang nak submit short film mereka esok. Dalam aku berada dalam keadaan sedar tu, aku mengisi masa terluang dengan membaca blog kawan-kawan aku, salah satunya Motion Of Distortion kepunyaan Ahmad Firdaus Razali a.k.a Psank. Oh dan jangan ditanya kenapa nama samarannya psank sebab sepanjang 5 tahun aku kenal dia, haram sekali pun dia tak pernah nak perjelaskan sejarah disebalik nama tersebut, dan aku pun tak pernah nak bertanya.

       m.o.d sangat seronok dibaca, sebab ia bukan sahaja mengisahkan sisi kehidupan kawan aku yang aku tak tahu, tapi isinya jujur dan tidak dibuat-buat. Aku klik pada archive dan baca entri-entri lama dia, tiba-tiba aku terjumpa sesuatu.


  Peristiwa kena "owned" di Gelora Point. Aku tersenyum kejap bila kenang balik peristiwa tu. Good times! 


Thursday, October 11

Reboot



                Sepanjang 4 tahun aku karang blong nih, entri kali ni aku rasa aku update dalam waktu paling awal sekali, pukul 8 pagi. Ya secara teknikalnya pukul 8 pagi tidaklah seawal mana pun, yang bekerja dah pun masuk kerja, yang belajar dah masuk kelas,  dan yang berjimak semalaman mungkin jua dah mandi junub. Ini semua gara-gara bunyi bising datang daripada alarm telefon housemate aku, Ahmad Syihabudin, 20 (bukan nama sebenar). Panas pulak aku ngan mangkuk ni, pasang alarm siap guna BB dan Iphone, tapi bila berbunyi haram tak nak bangun, elok terbungkang macam mayat yang telah dikapankan, tiuniaseng betul! Takpe entri hadapan akan aku ceritakan perihal Ahmad Syihabudin.

                Oh berbalik ke tajuk asal, lazimnya dalam keadaan macam nilah otak aku akan main peranan dengan mencurahkan pelbagai idea-idea, dan salah satunya reboot aku punya blog. Sebenarnya dah lama aku nak reboot blog aku, tapi kesuntukan waktu dan tiada akses internet, maka aku kuburkan kejap hasrat tu. Alasan aku nak reboot senang, sebab bila aku baca balik karangan entri aku yang lepas, terasa semua itu sungguh sampah. Kebanyakkan entri yang aku karang tu tak menarik langsung, dan aku rasa aku perlu buat sesuatu tentang perkara ni. Ni semua sebab kurang membaca lah ni, kecik-kecik dulu rajin baca reader digest, besor-besor ni je banyak sangat pulak tengok bangbros, mana tak jadi bebal!