Saturday, May 11

Perihal Cinta


     “susah baru nak cari Tuhan, dulu masa senang kau bongkak, kau kata kau power, datang ujian sikit mata dah nak berkaca. Tenang konon, jubor ah kau. “ gua bermonolog dalaman memaki diri sendiri.

    Gua tengah down, serius down gila. Seorang kaki rebel macam gua pun boleh terasa pedih hati bila melibatkan konflik dalam percintaan. Gua ingat kes-kes terpencil macam ni hanya berlaku dalam drama tv melayu, last gua ingat cerita terbitan kuasatek ke suhan movies yang selalu buat cerita cinta tak kesampaian macam ni. Pelakon dia Umie Aida dengan aduh sapa pulak pelakon hero dia tu, gua lupa lak..haish ni la masalah pelakon-pelakon kat Malaysia, bagus dalam 2-3 tahun je, lepas tu hilang entah kemana. Bila kena interview, jawapan masih lagi dalam industri. Celaka apa masih lagi dalam industri kalau lebih 3 tahun tak nampak kat layar skrin. Ingat dalam lakonan takde KPI ke?  Dah la plot cerita lebih kurang sama, dialog lak hancur, kalau best pun mungkin sedap sikit dari tengok persembahan malam kebudayaan kempori pengakap. Custom pun kadang-kadang gua suspek beli dekat pasaraya Ten-Ten atau Hari-Hari. Tengok sampai gua nak cerita pasal masalah percintaan gua pun dah lost. Celaka!
  



ps: heh. Gua rasa … Gua rasa … gua dah tak dapat nak rasa apa-apa dah.

Monday, February 4

Betul Ke Lutfi Tu Seorang Cikgu? (episod 1)

Lokasi: Warung Wak Ketari
Waktu: 9 pagi
Situasi:

            Syihabudin seorang pemuda biasa sedang menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Kedai kopi milik Wak Ketari. Ahmad Boestaman pula, seorang pengawal keselamatan sepenuh masa baru sahaja selesai daripada bertugas dari “shift” malam dan singgah di sana untuk bersarapan. Pagi yang tenang itu tiba-tiba dicemari dengan satu soalan daripada Syihabudin.



Syihabudin                 : Ahmad Boestaman, aku dengar cerita Mak Cik Leha canang kat satu kampung yang budak Lutfi dah jadi cikgu sekarang kat pekan tu,betul ke?


Ahmad Boestaman     : Yela tu kot, manalah aku tahu, aku ni kan kerja jaga, Siang tidur,malam kerja. Dah kalau macam tu, takkan pokok bergoyang kalau angin tak bertiup?


Syihabudin                   : Ah kau, sekarang ni tak payah nak tunggu angin tiup, pokok tetap akan bergoyang juga. Yang aku peliknya macamana si Lutfi tu dapat jadi cikgu kat pekan tu?


Ahmad Boestaman     : Kau ni Syihabudin Bin Zakaria, biarlah orang tu nak jadi apa pun.Yang kau dengki sangat dengan si Lutfi tu buat apa? Bukan ke jadi cikgu tu satu kerja yang jauh lebih mulia daripada kau yang menjadi penggangur dan kacang hantu sepenuh masa?

Syihabudin                   : Wah kau, aku jadi penggangur sebab tak jumpa nak kerja yang sesuai dengan aku. Aku hairan macamana si Lutfi yang dulu gagal SPM 2 kali pun boleh jadi cikgu kat pekan tu? Kertas Bahasa Malaysia pun dapat D nak jadi apa? Ish musykil betul aku dengan cerita Mak Cik Leha ni. 


           Tiba-tiba Wak Ketari muncul menghantar air kepada 2 orang pelanggan beliau yakni Syihabudin dan Ahmad Boestaman.  

Wak Ketari : Ni lah orang Melayu, tak boleh tengok orang lain senang dan maju sikit, mulalah nak dengki. Kalau macam ni bilalah bangsa nak maju? Nah air yang korang mintak !

Syihabudin : Amboi wak, dah tu wak ni orang apa? Nigeria?

Wak Ketari : Bergurau pulak kau ni, kulit putih macam ni dikatakan orang Nigeria! Aku cakap benda yang betul,kau ni Syihabudin dari tadi aku perhati asyik mengomel je pasal kerja baru budak Lutfi tu. Ish biarlah budak tu nak jadi apa, yang kau sibuk kenapa?

Ahmad Boestaman : Dengar tu, wak pun cakap benda yang sama dengan aku cakap. Dah la, daripada kau fikir pasal masalah orang, baik kau fikir pergi cari kerja lagi bagus.

Syihabudin : Ah korang cakap la apa pun aku memang tak puas hati dan aku akan siasat benda ni!

Ahmad Boestaman : Ni lah akibatnya kalau selalu tengok Hawaii Five-O banyak sangat!Lantak kau lah wahai Syihabudin oi! Eh aku baru cakap sekejap air kau dah habis, ni kau nak kemana ni pulak ni?

Syihabudin : Lambatlah kau, aku nak pergi cari si Lutfi tu sendiri, aku nak tanya dia sendiri pasal cerita ni!

Ahmad Boestaman : Dah tu air kau ni siapa nak bayar?

Syihabudin : Alah tolonglah dulukan duit kau dulu, nanti kalau aku dah kaya macam Robert Kwok aku bayar balik. Dah la, aku dah lambat ni. Aku gerak dulu!



bersambung ......




Ps; Tadi pintu bilik gua terkunci, gua terus gi d'Bukit makan nasi ayam dan hantar baju ke dobi!