Sunday, October 14

Nasib


                Celaka, presentation broadcasting aku mula pukul 10 pagi, video dokumentari group aku tak siap lagi. “Ramadhan di Lautan” nampaknya akan “ke laut” jua hari ni, bayangan nak repeat subjek semakin jelas kelihatan dalam otak aku. Ah sudah, dah la final exam hari tu aku main tikam je jawab, jangan buat gila woi.

                Muka groupmate aku masing-masing dah mencuka dan pucat. Itu kalau ambil pisau toreh, belum tentu darah akan keluar, punya hebat tak hebat metaforanya. Perasaan masing-masing dah bengang gila sebab start editing lambat. Salahkan pihak editing! Pukul 10 pagi nak present, pukul 8 pagi tu baru terkial-kial nak edit, touch up, renderizing, compresing bla bla bla, gila ah!

                Habibullah budak  graphic yang pakar bab benda editing diimport untuk selamatkan keadaan. Dialog ni berlaku pada pukul 3 pagi.

Aku :      Bib, okeh agaran masa yang kau perlukan untuk siapkan video ni berapa bib? 2 jam? 3 jam

Habib:   Aku cerita sini habis sini la ek, nak edit ni campur masuk audio dengan touch up siap bubuh            effect, 6 jam, campur nak renderizing benda ni jadi HD 4 jam, campur nak compress pahtu burn dalam dvd 3 jam dam. Semua sekali 13 jam!

                      Jawab Habibullah dengan penuh keyakinan. Dan seraya juga aku membalas.

Aku : Bib aku nak present benda ni esok pagi pukul 10 pagi, bukan raya Chap Goh Mei tahun depan !

                Habibullah hanya mampu tergelak terguling-guling di atas lantai. Sedar tak sedar, semua dah terbungkang tidur.

                                                                                *             *             *            

                Tepat pukul 1.30 petang, barulah kelibat aku, Jul, Monyet dan Tony kelihatan dalam DK8. Tu pun video tak siap compress lagi. Nak tak nak, terpaksa present guna format mp4.  Tawakal je lah.

                Habis presentation, dokumentari group aku dapat tepukan gemuruh daripada course mates.

En Hakimi:  Okeh saya nak jumpa 2 group short film dari kelas D dan E, dan hah Adam group awak                    juga. Saya nak ambil video awak semua hantar ke Festival Filem.

                Gila ah, siapa sangka tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu, melainkan namanya Mohd Tuah bin Deraman. Percubaan membuat kelakar yang tak menjadi. Deng!
  
p/s : Terima kasih Gia Azzuri atas bantuan mu, oh tak lupa Ainun dan Piqa  juga. Sem depan sila jadi  groupmate aku lagi!

No comments:

Post a Comment